PELAN PERANCANGAN PENGAJARAN ( RPH )
Mata pelajaran : Pendidikan Islam
Tarikh : 1 November 2012
Masa : 3.00 – 3.30 petang
Kelas : 3 pintar
Bilangan Pelajar :16 orang
Bahagian : Ulum Syariah
Bahagian : Ulum Syariah
Tajuk : Ibadah (Puasa )
Objektif Umum : Mengetahui dan menjalankan ibadah puasa.
Objektif Khusus : Pada Akhir Pengajaran ,Murid Dapat:
i. Menyatakan makna atau konsep puasa dengan betul
ii. Menulis konsep puasa dalam kumpulan.
iii. Menyatakan 4 perkara membatalkan puasa dengan betul
Alat Bantuan Mengajar : Komputer dengan tayangan slaid menggunakan program
Prezzi, keratan Teka Silang kata dan lembaran kerja berkumpulan.
Pengatahuan Sedia Ada: Murid-murid pernah menyaksikan dan melakukan ibadah
puasa sejak kecil sebagai latihan.
Nilai : Berdisiplin , menghormati dan kerjasama.
Langkah
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
Langkah 1
(set induksi)
|
Guru memaparkan gambar tangan bersedeqah dan kalimah puasa.Guru mengutarakan soalan:
1.Gambar apa yang dipaparkan?
2.Bila kita melakukan ibadah puasa?
3.Berdasarkan pengalaman kamu,Apa yang kamu tahu tentang puasa?
|
Murid melihat gambar dan menjawab soalan dari guru.
Murid mendengar penerangan tajuk pelajaran hari ini.
|
Langkah 2
|
Memaparkan Pengertian konsep puasa.
Menghuraikan pengertian puasa.
Mengukur kefahaman murid dengan utarakan soalan:
Apa erti puasa?
Bila menjalankan ibadah puasa?
|
Murid membaca erti konsep puasa yang dipapar di slaid.
Murid mendengar huraian guru tentang konsep puasa dan menjawab soalan guru.
|
Langkah 3
|
Guru meminta murid dalam kumpulan berbentuk bulatan.
Guru memberi arahan cara menjalankan aktiviti dan mengedarkan lembaran kepada kumpulan.
Guru memantau perbincangtan murid dalam kumpulan.
Murid membentangkan hasil perbincangan tentang konsep puasa.
Guru menilai jawapan murid dan memberi pembetulan serta pengukuhan.
|
Murid berada dalam kumpulan bentuk bulatan dan mendengar arahan dari guru untuk menjalankan aktiviti kumpulan.
Murid berbincang dalam kumpulan dan murid dipantau oleh guru.
Murid mewakili kumpulan membaca jawapan hasil perbincangan kumpulan.
Murid mendengar penerangan dan menjawab soalan guru untuk pengukuhan.
|
Langkah 4
|
Guru meminta murid melihat paparan nota perkara yang membatalkan puasa.
Guru member huraian setiap isi perkara membatalkan puasa.
Guru mengukur kefahaman murid dengan menyoal murid menyatakan secara syafawi (lisan).
|
Murid mendengar huraian guru tentang perkara membatalkan puasa.
Murid menjawab soalan guru berdasarkan kefahaman murid terhadap pengajaran guru.
|
Langkah 5
|
Guru meminta murid berdiri dan berbaris menghadap paparan slaid untuk menonton video youtube lagu ada senikata ,Najwa Latif terima ‘ kasih cikgu’.
Guru meminta murid menyatakan tajuk pembelajaran hari ini
Guru mengakhiri pengajaran dan pembelajaran dan murid bersurai
|
Murid menjalani aktiviti nyanyian youtube terima kasih cikgu.
Murid menyatakan tajuk yang telah dipelajari hari ini dan bersurai.
|
No comments:
Post a Comment