Sunday, 9 December 2012

Ciri-ciri guru cemerlang















Guru Cemerlang mempunyai ciri-ciri yang berikut dari segi kualiti:

Peribadi:  Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang
 terpuji,berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan 
etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan
 pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik.

Pengetahuan dan kemahiran













Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan
 mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi 
pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan 
sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan 
dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan 
susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang ternologi maklumat
 dan komunikasi.

Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan
 hasil pembelajaran (learning outcomes) ke arah membangunkan potensi
 pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.













Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran 
komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan
 idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi.

Potensi: Guru Cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif,
 mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka
 menjalankan tugas sebagai
 pendidik.















Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara:
Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dalam mata 
pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing dan berkongsi idea 
tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.




pelan tindakan agama islam


Contoh pelan tindakan oleh :

 http://www.sabah.edu.my/sk.pghapsah/bepi.htm


PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TAHAP SATU


Aspek          :        Beyond Excellence 2000-2005
Program       :        Akademik
Objektif       :
1.       Mengurangkan murid-murid yang buta huruf hijaiah dan penulisan jawi.
2.       Menanam kesedaran kepentingan Pendidikan Islam di kalangan murid Tahap I dan juga ibu bapa / penjaga.
3.       Menerapkan asas keimanan  kepada Allah melalui alam pesekitaran.
4.           Melahirkan pelajar yang tahu mengerjakan ibadah solat dan mencontohi  
            sirah Rasul.
5.           Mendedahkan kepada guru dan murid dengan pelbagai teknik dan kaedah
            pengajaaran.


Keadaan Sebenar:

1.              Murid kurang penguasaan dalam mengenali huruf hijaiah, membaca dan menulis jawi
2.              Murid kurang minat dan galakan.
3.              Ibu bapa kurang kesedaran  pentingnya amalan Islam dalam kehidupan seharian.
4.              Murid kurang perhatian terhadap pelajaran.
5.              Murid kurang pengetahuan mengenai asas tauhid.
6.              Murid tidak mempunyai sokongan dalam mengerjakan ibadat di rumah.
7.              Guru kurang menggunakan kepelbagaian teknik.

Sasaran        :

1.              Murid-murid Tahap I
2.              Guru Pendidikan Islam Tahap I
3.              Ibu Bapa / penjaga.

Perancangan Dan Pelaksanaan :
Program / Aktiviti
Budaya / Amalan
Tindakan
Jangkamasa
Memberi bimbingan yang khusus kepada murid-murid yang lemah di dalam pelajaran.
Mengadakan :
-Kelas bimbingan.
-Kelas Iqra’.
-Pemulihan.
-Dampingan
-Guru PAI.
-Pihak Pentadbiran.



-Berterusan



Memberi pendedahan disamping menambah minat mata pelajaran pendidikan Islam.
Menganjurkan:
-Pertandingan hafaz      Al-Quran. 
-Pertandingan Khat.
-Kuiz
-Guru PAI.
-Pihak Pentadbiran.
-Persatuan Ag. Islam.

-Sekali Setahun.
Mempelbagaikan bahan mengajar.
Menyediakan :
-Bahan bantu mengajar.

-Panatia PAI.
-Berterusan
Mempelbagaikan kaedah P&P terkini.
Mengadakan :
-Taklimat khas dan   perbincangan.
-Pendedahan skima peperiksaan terkini.
Guru yang telah menghadiri taklimat / pendedahan / kursus/ bengkel.
-Bila diperlukan.
Menanam kesedaran kepentingan mata pelajaran PAI.
Menganjurkan :
-Ceramah Khas.
-Hari Terbuka.

-PIBG / Pihak Pentadbiran / Panatia PAI.
-Setahun Sekali.






PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TAHAP DUA

Aspek          :        Beyond Excellence 2000-2005
Program       :        Akademik
Objektif       :
1.       Menghasilkan murid  pandai menyebut, membaca dan menghafaz    surah-surah yang tertentu dengan betul dan fasih.
                  2.       Mengetahui pengertian ayat dari surah yang tertentu untuk dihayati.
3.            Menerapakan asas keimanan yang kukuh berdasarkan Rukun Iman dan
Islam.
4.       Melahirkan pelajar yang beramal ibadat dengan sempurna seperti bersuci, sembahyang lima waktu, sembahyang berjemaah, sembahyang Jumaat, berpuasa bulan ramadhan dan sembahyang dua hari raya.
5.       Memberi dan mendedahkan kepada murid dan guru dengan pelbagai teknik dan kaedah pengajaran.
6.       Memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai kepentingan mata pelajaran Pendidikan Islam.

Keadaan Sebenar:

1.       Murid kurang penguasaan dalam pembacaan Al-Quran dan lemah ingatan dalam menghafaz Al-Quran.
2.       Tidak mengetahui pengertian ayat Al-Quran.
3.       Murid kurang kesedaran tentang asas keimanan.
4.       Murid tidak mengamalkan ibadat khusus dalam kehidupan.
5.       Guru kurang menggunakan kepelbagaian teknik.
6.       Ibu bapa kurang kesedaran  kepentingan amalan Islam dalam kehidupan seharian.

Sasaran        :

1.       Murid-murid Tahap II
2.       Guru Pendidikan Islam Tahap II
3.       Ibu Bapa / Penjaga.

Perancangan Dan Pelaksanaan :
Program / Aktiviti
Budaya / Amalan
Tindakan
Jangkamasa
Memberi bimbingan yang khusus kepada murid-murid yang lemah di dalam bacaan Al-Quran dan hafalan.
Mengadakan :
-Kelas bimbingan.
-Kelas Iqra’.
-Rakan Sebaya.
-Tulisan bentuk bacaan di dinding bangunan sekolah.
-Guru PAI.
-Pihak Pentadbiran.



-Berterusan



Memberi pendedahan disamping menambah minat mata pelajaran pendidikan Islam.
Menganjurkan:
-Pertandingan hafaz      Al-Quran. 
-Pertandingan Khat.
-Lawatan.
-Guru PAI.
-Pihak Pentadbiran.
-Persatuan Ag. Islam.



-Sekali Setahun.
Mempelbagaikan bahan mengajar.
Menyediakan :
-Bahan bantu mengajar.

-Panatia PAI.
-Berterusan
Mempelbagaikan kaedah P&P terkini.
Mengadakan :
-Taklimat khas dan   perbincangan.
-Pendedahan skima peperiksaan terkini.
Guru yang telah menghadiri taklimat / pendedahan / kursus/ bengkel.
-Bila diperlukan.
Menanam kesedaran kepentingan mata pelajaran PAI.
Menganjurkan :
-Ceramah Khas.
-Hari Terbuka.

-PIBG / Pihak Pentadbiran / Panatia PAI.
-Setahun Sekali.




Saturday, 1 December 2012

Cara mewujudkan persekitaran yang mesra budaya:

PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN  YANG MESRA BUDAYA
1)  Maksud Mesra Budaya;
·         Menurut Ralp Linton (1945) " Kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli masyarakat’.
·         Mesra bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin antara individu dalam suatu masyarakat.
·      sesuatu yang dipersetujui oleh semua ahli dalam suatu komuniti
·      mereka mengiktiraf budaya tersebut sebagai suatu amalan murni bersama yang mana melaluinya masyarakat dapat menjalinkan hubungan erat sesama mereka.

2)  Mesra Budaya Mengikut Etnik;
·      Kepelbagaian bahasa, etnik, agama, budaya, fizikal, gender, bakat, dan kebolehan adalah realiti masyarakat Malaysia.
·      Kepelbagaian ini juga menjadi cabaran dan juga kekuatan setiap warga negaranya untuk hidup bersama dan bersatu ke arah kehidupan yang harmoni dan sejahtera (Chang Lee Hoon, 2004
·      Kepelbagaian ini tidak menghalang setiap warganegara untuk mempunyai persamaan hak sebagai warganegara Malaysia.
·      Ini membawa implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK)iaitu bagaimana guru hendak mewujudkan kefahaman dan apresiasi kepelbagaian tersebut dalam kalangan murid sebagai anggota masyarakat malaysia.
·      Melalui proses pembelajaran sebegini, murid akan lebih menghormati kepelbagaian budaya iaitu dengan mengikis segala prasangka dan salah tanggapan terhadap budaya anggota atau etnik yang lain (Alred, Byram, & Fleming, 2002; Swiniarski, Breitborde, & Murphy,1999)
·      Pengalaman pembelajaran mesra budaya akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan global.
·      Antara nilai sivik yang diperlukan oleh masyarakat yang mempunyai pelbagai agama, etnik, dan budaya ialah: hormat-menghormati; toleransi; kasih sayang terhadap alam sekitar; kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang;  dan patriotik .
·      Oleh itu,untuk mencapai matlamat ini guru haruslah mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan interaksi dan integrasi di kalangan murid,di dalam dan di luar bilik darjah.
·      antara aktiviti pembelajaran mesra budaya yang boleh digunakn ialah  Projek yang dicadangkan oleh murid seperti menyediakan bahan "Kenali Malaysia“.
·      Menonton filem/video sejarah sekolah atau cara memasak makanan tradisional pelbagai kaum.