PELAN
TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYA
1) Maksud Mesra Budaya;
· Menurut
Ralp Linton (1945) " Kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulangi
dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli masyarakat’.
· Mesra
bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin antara individu dalam suatu
masyarakat.
· sesuatu
yang dipersetujui oleh semua ahli dalam suatu komuniti
· mereka
mengiktiraf budaya tersebut sebagai suatu amalan murni bersama yang mana
melaluinya masyarakat dapat menjalinkan hubungan erat sesama mereka.
2) Mesra
Budaya Mengikut Etnik;
· Kepelbagaian
bahasa, etnik, agama, budaya, fizikal, gender, bakat, dan kebolehan adalah
realiti masyarakat Malaysia.
· Kepelbagaian
ini juga menjadi cabaran dan juga kekuatan setiap warga negaranya untuk hidup
bersama dan bersatu ke arah kehidupan yang harmoni dan sejahtera (Chang Lee
Hoon, 2004
· Kepelbagaian
ini tidak menghalang setiap warganegara untuk mempunyai persamaan hak sebagai
warganegara Malaysia.
· Ini
membawa implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan (PSK)iaitu bagaimana guru hendak mewujudkan kefahaman dan
apresiasi kepelbagaian tersebut dalam kalangan murid sebagai anggota masyarakat
malaysia.
· Melalui
proses pembelajaran sebegini, murid akan lebih menghormati kepelbagaian budaya
iaitu dengan mengikis segala prasangka dan salah tanggapan terhadap budaya
anggota atau etnik yang lain (Alred, Byram, & Fleming, 2002; Swiniarski,
Breitborde, & Murphy,1999)
· Pengalaman
pembelajaran mesra budaya akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi
kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan global.
· Antara
nilai sivik yang diperlukan oleh masyarakat yang mempunyai pelbagai agama,
etnik, dan budaya ialah: hormat-menghormati; toleransi; kasih sayang terhadap
alam sekitar; kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang; dan patriotik
.
· Oleh
itu,untuk mencapai matlamat ini guru haruslah mewujudkan suasana pembelajaran
yang menggalakkan interaksi dan integrasi di kalangan murid,di dalam dan di
luar bilik darjah.
· antara
aktiviti pembelajaran mesra budaya yang boleh digunakn ialah Projek yang
dicadangkan oleh murid seperti menyediakan bahan "Kenali Malaysia“.
· Menonton
filem/video sejarah sekolah atau cara memasak makanan tradisional pelbagai
kaum.
No comments:
Post a Comment