Guru Cemerlang mempunyai ciri-ciri yang berikut dari segi kualiti:
terpuji,berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan
etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan
pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik.
Pengetahuan dan kemahiran:
Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan
mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi
pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan
sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan
dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan
susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang ternologi maklumat
dan komunikasi.
hasil pembelajaran (learning outcomes) ke arah membangunkan potensi
pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran
komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan
idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi.
Potensi: Guru Cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif,
mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka
menjalankan tugas sebagai
mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka
menjalankan tugas sebagai
pendidik.
Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara:
Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dalam mata
pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing dan berkongsi idea
tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.
No comments:
Post a Comment